suria

Peserta Panama Juara Pidato BM Piala Perdana Menteri 2013

Derrick bersama Johan Kategori Nusantara dari Malaysia, Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (kiri) dan Piala Perdana Menteri yang dimenangi pada pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Jumaat.

PUTRAJAYA: Peserta Panama Darrick Fernando Jaramillo dinobat juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2013 bagi kategori antarabangsa, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Jaramillo, yang memilih tajuk 'Malaysia di hatiku' mengatasi empat peserta lain bagi kategori itu pada pertandingan peringkat akhir malam Jumaat.

Sementara itu, peserta tanah air Mohd Ikhwan Mohd Rosseli muncul juara kategori nusantara, menewaskan dua lagi peserta.

Pertandingan itu disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang kemudian menyampaikan hadiah kepada pemenang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 77 peserta dari 72 negara dari seluruh pelusuk dunia mengambil bahagian pada tahun ini, namun hanya lapan layak ke pertandingan akhir.

Tempat kedua kategori antarabangsa dimenangi Zhang Yaqi dari China manakala tempat ketiga milik peserta Jordan, Abdel Rahman Ibrahim Sulieman.

Sementara itu, tempat kedua kategori nusantara disandang Muhammad Zulfadhli Razali dari Indonesia, manakala Adi Aismat Lamat dari Brunei di tempat ketiga.

Johan bagi setiap kategori menerima piala pusingan iaitu Piala Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai US$7,000 (RM21,665), hadiah iringan dan sijil.

Naib johan pula membawa pulang piala iringan dan US$5,000 (RM15,475) manakala pemenang tempat ketiga menerima piala iringan dan US$3,000 (RM9,285). BERNAMA

Artikel Lain