suria

Tee Keat Tidak Pertahan Kerusi Pandan

Ong Tee Keat
Ong Tee Keat
Ong Tee Keat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat tidak disenaraikan sebagai calon berpotensi di bawah MCA untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Ong tidak mendapat sokongan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut yang diterajuinya selama lima penggal.

"Ong tidak mendapat sokongan dari ahli di kawasannya sendiri.

"Nama Ong tidak tersenarai dalam senarai yang disediakan dan saya bergantung kepada senarai yang disediakan di kawasan tersebut," kata Dr Chua selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Pandan di sini, Rabu.

Beliau turut memperkenalkan seorang peguam berusia 39 tahun, Gary Lim kepada pemberita sebagai calon pilihan untuk bertanding di kerusi tersebut.

"Gary adalah muka baru dan dia tidak mempunyai sebarang bebanan.

"Semua ahli politik mempunyai musuh dan setiap masa ia bertambah," kata Dr Chua.

Pada masa sama, Dr Chua berkata, beliau tidak dapat menghalang Ong dari bertanding sebagai calon bebas dan ia mungkin memberi kelebihan kepada BN untuk memecah undi pembangkang.

Parti Keadilan Rakyat (PRK) mengumumkan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen itu.

Pada majlis itu, Dr Chua turut mengingatkan rakyat terutamanya yang tinggal di Selangor akan berdepan pelbagai masalah termasuk krisis air jika mereka terus mengundi Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri itu.

Artikel Lain