suria

Kes Bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9 Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis memindahkan perbicaraan kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas kes itu disebut semula pada Khamis. Norazman Bashah, 32, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah. BERNAMA

Artikel Lain