PPDNKK Sarawak Rampas 6,000 Liter Diesel - Semasa | mStar

PPDNKK Sarawak Rampas 6,000 Liter Diesel

KUCHING: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak merampas 6,000 liter diesel dalam serbuan di Taman Pandan Jaya/Taman Malihah, Matang dekat sini.

Pengarahnya Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata dalam serbuan pukul 5 petang semalam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an. PPDNKK percaya sindiket ini membeli diesel berkenaan dari stesen minyak pada harga subsidi dan menjualnya kepada pihak industri, katanya kepada pemberita, di sini.

"Nilai rampasan dianggar RM31,000 selain turut disita sebuah van yang berisi 1,750 liter minyak diesel dan satu 'skid tank' yang berisi 4,250 liter minyak diesel," katanya di sini, Selasa.

Wan Ahmad Uzir berkatas kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan menyimpan barang kawalan di tempat presmis yang tidak dilesenkan dan boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Putera Raja N.Sembilan Jelaskan Tawaran DAP

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Saya luah perasaan bukan menuduh" - Irfan