Program Perumahan Generasi Kedua Felda Dicadang Sedia Rumah Lebih Murah - Semasa | mStar

Program Perumahan Generasi Kedua Felda Dicadang Sedia Rumah Lebih Murah

KUALA LUMPUR: Felda pada Sabtu diminta mempertimbang untuk mewujudkan rumah dengan harga lebih murah iaitu antara RM25,000 dan RM40,000 sebagai alternatif kepada cadangan sedia ada di bawah program perumahan generasi kedua Felda.

Pengerusi Gabungan Warisan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata ia bagi membantu golongan berkenaan yang berpendapatan rendah dan kurang kemampuan di 317 penempatan peneroka Felda di seluruh negara.

Menurutnya cadangan asal menetapkan rumah itu dijual pada harga antara RM70,000 dan RM80,000.

"Generasi baharu Felda ini bukan semua mereka bernasib baik, jadi kita nak menyediakan rumah untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 termasuk yang mempunyai tanggungan lebih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju dan Impak Perumahan Generasi Baharu Felda di Subang, Sabtu.

Cadangan itu merupakan antara resolusi yang dirumus pada seminar sehari yang diadakan dengan kerjasama Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Bank Muamalat Malaysia Berhad, Skim Kredit Jaminan Pinjaman (SKJP), Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda Malaysia serta 14 persatuan gabungan GWGF.

Dalam Belanjawan 2013, Felda antara lain diberi tanggungjawab membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu dalam tempoh lima tahun.

Rozali berkata antara resolusi lain yang dicapai pada seminar itu ialah mewujudkan jawatankuasa perancangan dan perlaksanaan melibatkan agensi kerajaan, kerajaan negeri, Felda dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi memantau perjalanan program perumahan berkenaan.

Ia turut meluluskan resolusi berkaitan lokasi projek perumahan itu selain bersetuju mengadakan perbincangan dengan pihak bank dalam masa terdekat berhubung kelulusan pembiayaan rumah, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang dokumen pendapatan.

"Kita bercadang berjumpa dengan pihak Felda bagi berbincang mengenai resolusi yang dicapai hari ini minggu hadapan," tambah Rozali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PRU-13: PAS Sedia Letak Calon Bukan Islam

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis