suria

Loji Lynas Kuantan Mulakan Pengeluaran Beberapa Minggu Akan Datang

MELBOURNE: Pelombong nadir bumi, Lynas menjangka mengeluarkan produk siap dari lojinya yang kontroversi di Malaysia dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Syarikat itu telah mentauliahkan unit perekah dan mengekstrak nadir bumi di loji galian canggihnya di Pahang, katanya dalam satu kenyataan.

Unit-unit itu kini mengeluarkan sulfat yang akan disuapkan ke dalam unit mengekstrak bagi pengeluaran akhir produk nadir bumi, katanya.

"Lynas menjangka produk nadir bumi komersil akan tersedia di loji itu di dalam Tempoh beberapa minggu akan datang," kata syarikat itu.

Harga saham Lynas melambung berikutan penyebaran berita itu, yang meningkat A4.5 cent atau 7.2 peratus kepada A67 cent pada jam 1146 AEDT pada Isnin, demikian menurut laporan Australian Associated Press.

Loji Lynas memulakan pengeluaran pada November, selepas terlewat disebabkan tindakan perundangan oleh penentang operasinya, yang bimbang mengenai pencemaran dan kemungkinan ancaman terhadap kesihatan.

Lombong nadir bumi Lynas dari Mt Weld di Australia Barat, yang merupakan elemen logam yang digunakan di dalam produk dari televisyen digital, pemain MP3 dan mentol lampu kalimantang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain