suria

Selangor Tidak Benar Pembangunan Tanah Di Bukit Raja

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang.

Kerajaan negeri dalam kenyataan media di sini hari ini berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, keputusan dicapai selepas mendengar taklimat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah pada Jumaat.

Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan MTES, katanya.

Pada mesyuarat MTES itu, Menteri Besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah-tanah ini masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu. -BERNAMA

Artikel Lain