suria

Polis Tahan 265 Orang, Rampas 4,658 Alat Judi Internet

PETALING JAYA: Polis Petaling Jaya sepanjang tahun ini telah mengadakan 848 serbuan ke atas premis menjalankan perjudian internet, dan menahan 265 orang yang terbabit dalam perjudian haram itu serta merampas 4,658 alat perjudian termasuk komputer.

Menyatakan demikian pada sidang berita di pejabatnya di sini pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed bagaimanapun berkata, kegiatan tersebut sukar dikekang kerana terdapat permintaan besar daripada orang ramai.

Menyentuh kes pelacuran, beliau berkata sebanyak 624 serbuan telah dilakukan dengan seramai 765 orang ditangkap. - BERNAMA

Artikel Lain