Ingatan Jangan Tukar K'jaan Bukan Untuk Takutkan Rakyat - Muhyiddin - Semasa | mStar

Ingatan Jangan Tukar K'jaan Bukan Untuk Takutkan Rakyat - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk memerintah negara, bukan bertujuan menakut-nakutkan mereka.

Beliau berkata pelbagai kepincangan pentadbiran di negeri di bawah pembangkang menjadi bukti mereka tidak berupaya membentuk kerajaan yang mantap untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

"Peringatan Perdana Menteri tentang perkara ini bukan untuk menakut-nakutkan. Kita tak boleh perjudikan masa depan negara hanya kerana kita nak mencuba.

"Ini bukan masa depan kita sahaja tetapi juga melibatkan masa depan anak-anak kita," katanya mengulas ucapan dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini Khamis.

Beliau berkata pentadbiran negara juga boleh menjadi porak peranda jika pembangkang memerintah, berdasarkan pertembungan ideologi yang dilihat di negeri-negeri ditadbir pembangkang.

Pengamatan Muhyiddin dikongsi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan pembangkang sebagai tidak kompeten dalam aspek pentadbiran.

Hakikatnya pembangkang tidak membawa apa-apa kemajuan apabila diberi ruang untuk mentadbir negeri, tegasnya, sambil meminta rakyat supaya tidak menjadikan masa depan mereka dan anak cucu serta negara sebagai bahan uji kaji.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu idea menukar kerajaan jika inginkan pembaharuan 'dibasuh sebersih-bersihnya' daripada minda golongan muda.

Bagi Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M.Kayveas, rakyat diminta supaya tidak terpengaruh dengan budaya politik menipu pakatan pembangkang.

"Mereka buat janji tapi tidak ditunaikan...gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat hanya untuk nafsu kuasa saja," katanya.

Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ketidaksepakatan dan percanggahan pendapat yang sering berlaku dalam kalangan pembangkang menjadi isyarat jelas mereka tidak mampu memerintah negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain