Peserta Himpunan Hijau Bersurai, Polis Alih Penghadang - Semasa | mStar

Peserta Himpunan Hijau Bersurai, Polis Alih Penghadang

KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Hijau yang berkhemah semalaman berhampiran Dataran Merdeka, bersurai sebelum pukul 11 ​​pagi, Isnin.

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack memberi ucapan ringkas kepada orang ramai. Seorang lagi pemimpin Wong Chin Huat kemudian memberitahu orang ramai untuk beredar.

Antara mereka yang hadir di Dataran ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Exco Selangor Ronnie Liu.

Polis kemudian mengalihkan penghalang di sepanjang Jalan Raja.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penghadang telah dialihkan sebaik sahaja penunjuk perasaan meninggalkan tempat itu.

Pada Ahad, penunjuk perasaan tiba di Dataran Merdeka selepas kumpulan terawal berjalan lebih kurang 300km dari Kuantan 13 hari lalu.

Sepanjang perjalanan, mereka telah disertai penyokong lain.

Kumpulan itu telah membatalkan rancangan mereka untuk berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum.

Artikel Berikut

Petronas Temui Gas di Luar Pantai Sarawak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain