suria

Bakar Kereta, Seorang Lelaki Ditahan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian membakar dua buah kereta di taman perumahan di Jalan Selama, Jelutong awal pagi Isnin ditahan beberapa jam kemudian.

Lelaki yang berumur 27 tahun itu ditahan di kawasan perumahan yang sama.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Gan Kong Meng berkata suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan senjata api dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi yang menyebabkan kereta Perodua MyVi dan Honda City musnah.

"Menurut pemilik kenderaan berkenaan, jirannya ternampak seorang lelaki bergegas meninggalkan tempat kejadian dengan motosikal sejurus kebakaran berlaku," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Kes disifatkan sebagai perbuatan khianat yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dedah Imej Sebenar PAS - PM

Artikel Lain