suria

Polis Buru Tiga Beradik Serang Pembantu Tadbir Di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Polis kini sedang giat memburu tiga beradik berusia 20an yang dipercayai menyerang dan memukul seorang Pembantu Tadbir berusia 50 tahun di Bukit Tunggal di sini, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu mangsa yang bertugas di Jabatan Pendidikan Marang itu sedang berada di sebuah kedai makan sebelum diserang kumpulan remaja itu.

"Ekoran kejadian itu mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, perut serta badan akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Siasatan awal mendapati kumpulan itu bertindak demikian kerana perselisihan faham dengan anak mangsa, namun kumpulan itu gagal mengesan anak mangsa berusia 20an itu," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata kejadian itu hanya disedari oleh anak saudara mangsa selepas dimaklumkan oleh orang ramai sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Manoharan berkata mangsa sudah kembali stabil setelah menjalani pembedahan dan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain