Kerajaan Akan Lancar RapidKuantan 1 Dis

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem pengangkutan RapidKuantan akan dilancarkan pada 1 Dis bagi menyediakan perkhidmatan bas berkualiti di Kuantan.

Beliau berkata langkah itu diambil lanjutan daripada kejayaan pengenalan RapidKL dan RapidPenang.

"Perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien adalah nadi kepada pembangunan sesebuah komuniti. Syarikat Prasarana Negara Berhad juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat.

Menyedari pentingnya pengangkutan bagi orang ramai terutamanya mereka yang tinggal dan bekerja di bandar besar, Najib berkata kerajaan bersetuju untuk memperluaskan diskaun 50 peratus kadar tambang KTM Komuter kepada semua warganegara Malaysia dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Diskaun itu kini telah dinikmati oleh golongan kurang upaya (OKU), pesara dan pelajar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain