suria

Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Saiful Bukhari

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menarik balik samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan 9 Oktober untuk isu berkaitan kos.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu menarik balik kes saman itu ekoran pembebasannya daripada tuduhan meliwat.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Artikel Lain