suria

Nalla: Pemimpin Politik Jangan Campur Tangan Isu Hina PM

Nallakaruppan pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Khamis.
Nallakaruppan pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Khamis.
Nallakaruppan pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Khamis.

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik digesa agar tidak mencampuri siasatan polis berhubung insiden peserta perhimpunan Janji Demokrasi yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk S Nallakaruppan berkata polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat kerana perbuatan itu mampu mengancam keselamatan dan kestabilan negara.

"Ahli politik mesti terkecuali...jangan campur tangan mengenai perkara ini. Biar polis siasat dan ambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka." katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak terlibat.

Beliau hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 12 tengahari diiringi kira-kira 50 individu.

Polis sebelum ini menahan dan membebaskan seorang pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara.

Terbaru, dua lagi individu iaitu seorang gadis yang juga model sambilan dan seorang remaja lelaki yang merupakan penuntut kolej swasta di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor masing-masing tampil menyerah diri kepada polis.

Mereka adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.

Artikel Lain