suria

Lebih 100,000 Sertai Himpunan Merdeka 'Janji Ditepati'

KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 orang sudah memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga kira-kira pukul 7.45 malam Jumaat bagi memeriahkan Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini.

Ribuan lagi masih berasak-asak untuk masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perhimpunan kemerdekaan yang pertama kali diadakan pada waktu malam.

Himpunan Merdeka yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin negara akan dimulakan dengan pengumuman acara Tweet Paling Banyak Dalam Masa Sejam di Malaysia pada pukul 8.15 malam oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. - BERNAMA

Artikel Lain