Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali: Zulkifli Nordin Fail Saman - Semasa | mStar

Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali: Zulkifli Nordin Fail Saman

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menfailkan saman fitnah terhadap Senator Dr Syed Husin Ali berhubung buku 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali'.

Writ saman difailkan Jumaat lepas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

Dalam pernyataan tuntutan, Zulkifli mendakwa Syed Husin secara palsu dan dengan niat jahat telah menerbitkan dan mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan bersifat fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa perkataan itu dalam makna semulajadinya membawa maksud beliau telah menawarkan kepada Parti Keadilan Rakyat dan/atau Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sekitar April 2008, iaitu selepas Pilihanraya Umum ke-12, untuk meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi membolehkan ketua pembangkang tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil.

Katanya, perkataan itu juga, antara lain, bermaksud beliau bersubahat dengan Umno untuk membuat tuduhan dan tohmahan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwar, serta merelakan dirinya dipergunakan untuk mencapai agenda politik Umno.

Zulkifli berkata, buku itu dijual di semua kedai utama dan penerbitan perkataan tersebut telah mengakibatkan reputasi, imej dan nama baiknya rosak.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya terus menerbitkan perkataan fitnah tersebut, selain faedah dan kos.

Pada 27 Januari lepas, Syed Husin, 76, bekas Timbalan Presiden PKR, memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Zulkifli berhubung satu artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lepas, berjudul 'Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Husin'.

Mahkamah akan mendengar saman itu pada Khamis ini.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera dan peguam, Hasnal Rezua Merican mewakili Zulkifli manakala N.Surendran bagi pihak Syed Husin.

Hasnal Rezua memaklumkan mahkamah pihaknya menfailkan permohonan untuk menyatukan saman yang difailkan Zulkfili dan Syed Husin atas alasan pihak yang terlibat adalah sama, begitu juga isu undang-undang selain saksi dan keterangan dalam kes itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.