suria

Kanak-Kanak Lelaki Lima Tahun Hilang Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan hilang di kawasan Jalan Permatang Pauh, dekat sini sejak 8 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata kanak-kanak terbabit T.Sathiskumar dilaporkan kali terakhir dilihat pada pukul 2 petang hari berkenaan.

Katanya kanak-kanak itu yang tinggal di Butterworth, berketinggian lebih kurang 70 sentimeter dan berat 15 kilogram.

"Kali terakhir dilihat kanak-kanak itu memakai seluar pendek berwarna hijau, baju-t, bertopi kuning dengan corak spiderman, berkasut dan lengkap berstokin," katanya di sini Selasa.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak itu agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis SPT di talian 04-538 2222 atau Insp Mohamad Ehsan Abu Bakar di talian 012-2494002. - BERNAMA

Artikel Lain