Tiga Lelaki Nigeria Perdaya Wanita Ditahan - Semasa | mStar

Tiga Lelaki Nigeria Perdaya Wanita Ditahan

MELAKA: Polis merampas wang tunai RM40,000 dan menahan tiga lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan dipercayai terlibat dalam sindiket memperdaya wanita melalui internet di sebuah pangsapuri di Batu Berendam di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt Soh Hock Sing berkata kesemua lelaki berusia 26 hingga 28 tahun serta wanita tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai pasangan kekasih seorang daripada lelaki terbabit ditahan dalam serbuan pada 12 tengah hari hasil risikan polis.

"Polis menjumpai wang tunai tersebut disorok di bawah tilam yang kononnya dikumpul daripada rakan-rakan mereka untuk sesuatu tujuan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, Isnin.

Turut dirampas tiga pasport tamat tempoh, enam telefon bimbit dan tiga komputer riba. Soh berkata hasil siasatan mendapati dua daripada lelaki terbabit mempunyai visa pelajar asing di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur namun satu daripadanya tamat tempoh.

Beliau berkata seorang daripada mereka juga mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama dan dihadapkan di mahkamah baru-baru ini.

Katanya polis turut menemui beberapa sijil palsu menggunakan logo kerajaan Malaysia yang disimpan dalam pemacu pena kononnya mereka diberi projek bernilai jutaan ringgit selain salinan sijil daripada sebuah bank tempatan yang menyatakan mereka menerima cek berjumlah US$1.8 juta.

"Kesemua dokumen palsu ini bertujuan memperdaya dan meyakinkan mangsa mereka melalui e-mel terutama golongan wanita untuk terlibat dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, Soh berkata secara keseluruhan, sebanyak 24 kes penipuan internet membabitkan kerugian RM367,550 dilaporkan antara Januari dan Julai lepas.

Katanya jumlah kerugian tersebut dijangka terus meningkat berbanding tahun lepas yang hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM448,779 melibatkan 20 kes penipuan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain