Anggota Polis Cedera Ketika Cuba Surai 'Pesta' Di Kawasan Parkir Flat - Semasa | mStar

Anggota Polis Cedera Ketika Cuba Surai 'Pesta' Di Kawasan Parkir Flat

PETALING JAYA: Seorang anggota polis cedera ketika cuba menyuraikan satu 'pesta' di kawasan parkir flat di Taman Medan di sini awal pagi Ahad, selepas diserang 'tetamu' pesta.

Dalam kejadian pukul 3.50 pagi itu, anggota terbabit dan rakan setugasnya datang meminta sekumpulan kira-kira 30 orang yang sedang berpesta dengan muzik yang kuat dari sistem audio kereta, agar bersurai kerana mereka mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, itu adalah kali ketiga dua anggota terbabit memberi amaran kepada kumpulan berkenaan yang tidak mengendahkan amaran terdahulu.

"Pada mulanya polis mendapat dua aduan penduduk sekitar mengenai bunyi bising tersebut. Polis yang meronda datang memberi amaran dan kumpulan terbabit akur.

"Namun penduduk membuat aduan kali ketiga tentang bunyi bising dan semasa dua anggota terbabit datang sekali lagi kumpulan berkenaan bertindak mengepung mereka," katanya pada sidang media, di sini.

Dua anggota berkenaan menghubungi balai terdekat yang kemudian menghantar empat kereta peronda ke lokasi, namun kumpulan terbabit bertindak agresif dan bergelut dengan anggota pasukan keselamatan.

"Dalam pergelutan itu, seorang anggota polis mengadu sakit di bahagian dada dan seorang lagi cedera di kaki dan kepala dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan," katanya.

Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun manakala yang lain sempat melarikan diri, katanya menambah siasatan awal mendapati kesemua mereka penduduk di kawasan itu.

Arjunaidi berkata, polis sedang menjejaki semua yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh. - BERNAMA

Artikel Berikut

Banduan Bersyukur Dapat Peluang Kedua

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL