Bayi Mangsa Culik Diselamatkan, Pembantu Rumah Indonesia & Suami Ditahan - Semasa | mStar

Bayi Mangsa Culik Diselamatkan, Pembantu Rumah Indonesia & Suami Ditahan

BANTING: Polis memberkas seorang pembantu rumah dan suaminya, kedua-dua warganegara Indonesia, dan berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan yang diculik dari rumah keluarga angkatnya di Skudai, Johor Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Langat DSP Rizani Che Ismail berkata berdasarkan maklumat, polis menahan pembantu rumah berusia 24 tahun kira-kira 3.30 petang semalam sebelum menahan suaminya yang bekerja sebagai buruh berusia 47 tahun dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Seri Jenjarum dekat sini.

"Polis turut menyelamatkan bayi berkenaan yang berada di dalam rumah itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini, Selasa.

Beliau berkata polis belum dapat mengenal pasti motif penculikan bayi itu.

Katanya anak angkat kepada sepasang suami isteri itu dilaporkan diculik pembantu rumahnya kira-kira pukul 6 pagi dari rumah mereka di Taman Impian Emas, Skudai, Johor sebelum dikatakan dilarikan ke Klang.

"Kejadian itu disedari oleh anak kandung pasangan itu berusia sembilan tahun yang melihat adik angkatnya dilarikan oleh pembantu rumah itu dengan menaiki sebuah teksi," katanya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat ibu angkat mangsa kira-kira pukul 10.50 pagi di IPD Johor Baharu Utara Ahad lepas dan siasatan terhadap kes itu mengesan bayi itu dilarikan ke Klang.

Katanya IPD Kuala Langat yang menerima maklumat berhubung kes itu menubuhkan pasukan penyiasat khas bagi mengesan penculik itu.

Beliau berkata siasatan mendapati pembantu rumah itu telah menetap selama setahun di negara ini dan bekerja selama empat bulan dengan majikannya itu sebelum melarikan bayi itu.

Rizani berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang daripada jagaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bekas CEO Sime Darby Akan Didakwa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain