Dua Beradik Maut Kereta Rempuh Babi Hutan - Semasa | mStar

Dua Beradik Maut Kereta Rempuh Babi Hutan

IPOH: Dua beradik terbunuh apabila kereta mereka merempuh seekor babi hutan lalu terbabas dan melanggar tembok di Km78.7 Jalan Kuala Kangsar-Gerik awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Manaf Baharum berkata, mangsa yang terbunuh ialah Dzularif Abdullah, 19, dan adiknya Norwahida, 15. Mereka berasal dari Felda Lawin Utara, Gerik.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 2 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai berniaga di Selat Pagar, Lenggong.

"Ketika sampai di tempat kejadian, seekor babi hutan dikatakan tiba-tiba melintas jalan menyebabkan kereta yang dipandu Dzularif gagal dikawal lalu merempuh haiwan berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Abdul Manaf berkata, kereta tersebut kemudian terbabas dan merempuh tembok di tepi jalan menyebabkan kedua-duanya cedera parah di muka dan badan.

Kedua-dua mangsa meninggal ketika dikejarkan ke sebuah klinik di Lawin untuk mendapat rawatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Beradik Maut Kereta Rempuh Babi Hutan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini