suria

Dicekup Selepas 45 Minit Curi Kambing

MELAKA: Dua lelaki ditahan dalam tempoh 45 minit selepas mereka melarikan dua ekor kambing dengan menggunakan lori majikan mereka di Selandar, Jasin dua hari lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Shahidi Abdullah berkata kedua-duanya yang berusia sekitar 20-an ditahan di Batang Melaka selepas mereka dikesan mulai pukul 11.50 malam Rabu lalu.

"Kedua-dua suspek masuk ke dalam kandang menggunakan tangga dan kemudiannya keluar dengan mendukung dua ekor kambing sebelum melarikan diri dengan lori," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain