Isu PFN: PAC Panggil Kementerian - Semasa | mStar

Isu PFN: PAC Panggil Kementerian

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dijadual memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 26 Jun ini berhubung prosedur operasi standard (SOP) pemberian kontrak kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) Sdn Bhd.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid bagaimanapun memberi jaminan untuk tidak menyentuh mengenai isu lain memandangkan kes berhubung dakwaan salah guna dana bernilai RM250 juta bagi projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dikendalikan NFCorp kini dibicarakan di mahkamah.

"Kita tak akan menyentuh apa-apa berkaitan mahkamah sehingga berlaku subjudis. Kita hanya nak tahu sama ada pemberian kontrak itu dibuat mengikut SOP atau tidak," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Selain PFN, PAC turut menyiasat kos pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baharu atau KLIA 2, pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pelupusan hutang bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli.

Pada 12 Mac lalu, Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah syarikat bagi membiayai pembelian dua unit kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.

Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain