Pelabur Malaysia Dan Pemilik Kelab Chelsea Bersaing Bida Hartanah London - Semasa | mStar

Pelabur Malaysia Dan Pemilik Kelab Chelsea Bersaing Bida Hartanah London

PETALING JAYA: Pelabur-pelabur Malaysia muncul sebagai pencabar terdekat kepada bilionair Rusia dan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovinch dalam usaha untuk mendapatkan sebuah hartanah yang berharga di tengah kota London.

Persaingan untuk tanah Battersea Power Station semakin hebat apabila proses bidaan bermula yang diterjemahkan sebagai kisah pembangunan hartanah yang paling lama di United Kingdom.

Dijelaskan bahawa ketengangan yang berlaku apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang dilaporkan telah dihubungi oleh beberapa parti yang berminat dengan bidaan tersebut.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar mengesahkan bahawa KSWP dihubungi pihak berkenaan tetapi berkata: “Kami tidak mahu membuat komitmen.

“Pada masa ini, kami tidak membuat bidaan ke atas tanah Battersea,” tambahnya.

Organisasi bagi dana pesara negara itu menterjemahkannya sebagai laporan berita yang “tidak tepat” yang ia akan membeli hartanah dengan kerjasama SP Setia, salah satu pemaju hartanah terbesar Malaysia, dan agensi pelaburan hartanah bagi Deutsche Bank, RREEF.

Laporan itu, daripada penyelidik hartanah CoStar Group berkata, KWSP telah menetapkan jaminan 100 peratus kepada ekuiti tawaran pembelian tunai bernilai RM1.8 bilion (375 juta pound).

Ia berkata, KWSP mahu mengubah suai pembangunan semula projek itu dengan nilai RM6.9 bilion (1.4 bilion pound, termasuk “lebih banyak ruang kediamaan dan mengurangkan ruang komersial”.

CoStar menambah, SP Setia dijangka menjadi pengurus pembangunan dan mendapat nasihat daripada RREEF.

Ia berkata, terma pembelian Batter Power Station itu telah dipersetujui dan urus niaga dijangka akan selesai dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

SP Setia meletakkan dua bidaan bernilai RM1.2 bilion (262 juta pound) dan RM1.5 bilion (324 juta pound) bagi tanah itu tahun lepas tetapi ditolak.

CoStar menyifatkan bidaan Abramovich yang dibentangkan pada bulan lepas sebagai “kurang signifikan” berbanding KWSP dan SP Setia.

Bilionair itu dilaporkan merancang untuk membina sebuah stadium Chelsea dengan 60,000 tempat duduk di atas tanah itu.

Sementara itu, The Financial Times berkata, KWSP kini “bersedia untuk memeterai” tawaran pengambil-alihan itu, dan dijangka bergabung bersama dengan SP Setia dan RREEF.

Ia berkata, KWSP dalam peringkat akhir rundingan dengan Ernst & Young dan Knight Frank yang menguruskan jualan itu.

Bagaimanapun, tambahnya, tiada perjanjian ekseklusif lagi meskipun difikirkan akan menandatanganinya.

Ikonik Battersea Power Station terletak di selatan tebing Sungai Thames, yang dahulunya dijadikan sebagai gambar kulit album Pink Floyd pada tahun 1977 dan filem The Beattles iaitu Help! Pada 1965.

Ia terdiri daripada dua stesen kuasa arang batu yang dibina pada 1930-an dan 1950-an, dan telah ditutup pada 1983.

Pengaruh budaya telah menyebabkan kerajaan British menyenaraikannya sebagai sebuah bangunan berstatus Gred 11 yang bermaksud “sebahagian daripada bangunan yang penting untuk tarikan tertentu.”

Penganalisis Malaysia berkata, dia tidak akan terkejut sekiranya pelabur-pelabur Malaysia membuat gabungan untuk membida tanah tersebut.

“Ia merupakan sebidang tanah yang sangat mahal tetapi dijamin memberi pulangan dalam pelaburan, seperti semua hartanah di London. Ia pastinya menguntungkan.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain