suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Kampar Menurun Kepada 355 Orang

KAMPAR: Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 335 orang setakat pukul 7 petang ini selepas 29 orang dibenarkan kembali ke rumah masing-masing petang Sabtu.

Mereka yang terdiri daripada 105 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar, manakala pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Pulai Bergading telah ditutup.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata keadaan air Sungai Kampar telah mula surut dan beberapa buah kampung telah pulih seperti biasa.

Jabatan Pengairan dan Saliran telah membaiki beberapa tebing yang runtuh dan air yang bertakung di kampung terbabit telah dipam keluar ke sungai berkenaan, katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat sehingga ke bumbung rumah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain