suria

Kereta Terjunam Dalam Gaung Di Port Dickson, Pemandu Maut

SEREMBAN: Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Mambau-Port Dickson berhampiran Kampung Bemban dekat sini.

J. Ravindran, 42, yang berasal dari Kuala Lukut, Port Dickson, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Jurucakap polis berkata kereta Proton Satria Neo yang dipandu Ravindran dikatakan terbabas di satu selekoh ketika dia dalam perjalanan balik dari Seremban ke Port Dickson pada pukul 12.30 tengah malam Selasa.

"Ravindran memandu sendirian. Dia dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum terjunam masuk ke dalam gaung," katanya.

Sementara itu, pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Khairuddin Mohamad berkata sebuah jentera dengan 10 anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain