Malaysia Sasar 10-15 Peratus Kenderaan Elektrik Dalam Pasaran Menjelang 2020 - Semasa | mStar

Malaysia Sasar 10-15 Peratus Kenderaan Elektrik Dalam Pasaran Menjelang 2020

PUTRAJAYA: Malaysia berhasrat untuk mencapai 10 hingga 15 peratus kenderaan elektrik (EV) dalam pasaran menjelang 2020, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Rabu.

Katanya kerajaan mengambil inisiatif untuk menjalankan Program Kumpulan Kenderaan Ujian (FTV) bersama-sama Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) bagi mengenal pasti keperluan untuk pembangunan dan pengujian teknologi, mempromosikan EV bersama-sama pembangunan infrastruktur yang berkaitan.

Di bawah inisiatif itu, beliau berkata 120 EV akan berada di jalan raya di Putrajaya dan Cyberjaya menjelang akhir tahun ini.

"Hasil pelaksanaan dan data-data yang dikumpul dalam Program FTV akan dijadikan input bagi membangunkan Pelan Induk Kenderaan Elektrik bagi pembangunan kenderaan elektrik di Malaysia.

"Jika keputusannya menunjukkan sambutan terhadap EV yang positif di negara ini, peratus EV akan meningkat dan pelaburan kita terhadap insfrastrutkur seperti stesen mengecas akan meningkat."

"Kita berharap mencapai angka 10 hingga 15 peratus bilangan EV sebagai usaha mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sehingga 2020," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) 2011 di sini, Rabu.

Chin berkata sembilan EV, iaitu tiga dari model Saga elektrik dan enam model Kenderaan Elektrik Exora (REEV) telah diuji di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya sejak tahun lepas.

"Kini, tujuh stesen pengecas telah dibangunkan," katanya.

Program FTV merupakan usahasama antara KeTTHA, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Proton.

Program FTV adalah satu kajian berdaya maju untuk menguji kenderaan prototaip REEV dan Saga Elektrik Proton. Program itu bertujuan mengutip data teknikal dan tingkah laku pengguna bagi pengesahan reka bentuk, pembangunan pemurnian kenderaan sedemikian dan persekitaran infrastruktur.

Selain Proton, Chin berkata Nissan dan Mitsubishi turut menyediakan 10 buah EV untuk menjalankan satu lagi projek printis di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang dijangka bermula pada Jun tahun ini.

"Diharapkan pelaksanaan projek perintis di kawasan yang sesak seperti Bukit Bintang dapat memberi input kepada KeTTHA untuk membangunkan Pelan Induk Kenderaan Elektrik dan menggalakkan penggunaan EV di Malaysia," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain