Lapor Pihak Jual Minyak Masak Kitar Semula - Semasa | mStar

Lapor Pihak Jual Minyak Masak Kitar Semula

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu kementerian itu mengesan pihak yang menjual minyak masak kitar semula.

Beliau berkata kementerian itu sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

"Setakat ini 22 buah kilang penghasilan minyak di seluruh negara dikenal pasti mempunyai stok minyak kitar semula tetapi mereka hanya menggunakannya untuk proses biodiesel serta penghasilan sabun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Love and Creative Cuisine Competition" anjuran Wanita MCA di sini.

Pada 6 Mac lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membongkar satu sindiket mengitar semula minyak masak yang sudah diguna sebelum dijual semula kepada orang ramai di pasaran tempatan.

Hasil siasatan mendapati sindiket terbabit akan mengambil atau membeli minyak masak yang sudah digunakan dari restoran di sekitar Lembah Klang sebelum dicampur dengan minyak masak baharu.

Mengulas lanjut, Liow berkata pengilang yang menjual semula minyak kitar semula akan didakwa di bawah Akta Makanan 1983 dan sabit kesalahan boleh dikenakan penalti RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ditanya mengenai isu lolipop pendaflour yang didakwa mengandungi bahan bertoksik, Liow berkata kementeriannya telah menghantar pegawai ke kilang penghasilan lolipop untuk mengambil sampel bagi menjalankan ujian makmal.

"Kementerian juga menjangkakan laporan ujian makmal akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu dari sekarang," katanya.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dilapor meminta Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan bertoksik seperti Ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain