suria

Dua Adik-Beradik Ditahan Miliki Pistol, Peluru

SUBANG JAYA: Dua adik-beradik ditahan polis kerana meiliki pistol dan lima peluru hidup.

Pihak polis menyerbu apartment di Subang Jaya dan menemui .38 Colt dan lima butir peluru tersembunyi di bawah sofa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Yahaya Ramli berkata suspek pertama berusia 31 tahun ditangkap kira-kira pukul 1.45 pagi, Rabu.

Ketika ditanya, beliau berkata suspek kemudiannya membawa polis dan membawa kepada penangkapan abangnya yang berusia 33 tahun di Shah Alam.

"Pemeriksaan terhadap suspek kedua mendapati terdapat kesalahan terdahulu.

"Kita masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek menggunakan senjata ini untuk rompakan," katanya.

ACP Yahaya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

Beliau berkata memiliki senjata api tanpa permit sah merupakan satu ancaman mengikut undang-undang.

Artikel Lain