BN Tidak Bersifat Perkauman Walaupun Terdiri Daripada Parti Berasaskan Kaum - Semasa | mStar

BN Tidak Bersifat Perkauman Walaupun Terdiri Daripada Parti Berasaskan Kaum

SINGAPURA: Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan sikap perkauman seperti yang didakwa pihak pembangkang walaupun perikatan itu terdiri daripada parti yang berasaskan kaum.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata walaupun dalam BN terdapat parti yang ditubuhkan berasaskan kaum, ia tidak bermakna parti itu mengamalkan sifat perkauman.

"Selama ini gambaran yang diberikan pembangkang kepada BN sebagai parti yang bersifat perkauman.

"Dalam konteks BN, amalan parti yang dilaksanakan ialah parti yang berasaskan kaum masing-masing tetapi parti yang ada bukan bersifat perkauman," katanya kepada pemberita selepas forum yang bertajuk "Voices: Emerging Malaysian Leaders" di sini, malam Isnin.

Zambry adalah antara empat panel yang menyertai forum anjuran syarikat perundingan, KRA Group.

Tiga lagi panel ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Siew dan Senator V. Subramaniam.

Pada forum yang dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli akademik dan golongan korporat itu, pelbagai isu politik di Malaysia dibincangkan termasuk dakwaan pembangkang bahawa BN bersifat perkauman.

Zambry berkata parti pembangkang seperti DAP yang sebenarnya mengamalkan sikap perkauman.

"Di sebalik hujahan pembangkang konon bahawa kita parti bersifat perkauman kita lihat sejarah DAP dari dulu hingga sekarang dia (DAP) bertanding di kerusi yang majoritinya orang Cina," katanya.

Beliau berkata jika benar DAP adalah parti untuk semua kaum, kenapa parti itu tidak meletakkan calon mereka untuk bertanding pada pilihan raya di kawasan yang majoritinya orang Melayu.

Terdahulu, Zambry mengadakan pertemuan dengan pelabur Singapura dan mereka telah menyatakan berminat untuk melabur di Perak terutama dalam bidang hartanah dan galian.

"Kita telah berbincang dengan mereka mengenai peluang-peluang pelaburan yang ada dan mereka (pelabur) telah menunjukkan minat untuk melabur di Perak," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis