Lima Kedai Siswa 1Malaysia Siap Untuk Operasi - Khaled Nordin - Semasa | mStar

Lima Kedai Siswa 1Malaysia Siap Untuk Operasi - Khaled Nordin

KUALA LUMPUR: Lima Kedai Siswa 1Malaysia 'SiswaSave' telah siap untuk beroperasi di lima universiti awam, termasuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Khamis.

Selain UIAM, Kedai Siswa di Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga bersedia untuk memulakan operasi.

"Lapan lagi Kedai Siswa akan ditubuhkan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kedai Siswa dan Seminar Koperasi Siswa bertajuk 'Koperasi Menjana Transformasi Minda Keusahawanan Mahasiswa' di UIAM di sini.

Beliau berkata, pembukaan Kedai Siswa 1Malaysia di 13 institusi pengajian tinggi (IPT) awam itu dirancang dengan kerjasama Koperasi Usahawan Siswa (Kosiswa) di universiti masing-masing.

Mohamed Khaled berkata, kedai berkenaan yang menawarkan harga barangan yang kompetetif berbanding kedai runcit di luar kampus dapat mengurangkan beban penuntut universiti.

Mohamed Khaled berkata, sehingga kini, terdapat 153 koperasi di IPT awam dan swasta termasuk politeknik, kolej komuniti dan kolej swasta didaftarkan.

Katanya, jumlah keanggotaan koperasi seramai 198,205 orang di IPT berjaya mengumpul modal berjumlah RM87.19 juta dan menjana perolehan RM112 juta daripada aktiviti perniagaan.

Sehubungan itu, beliau mahu IPT di seluruh negara bergiat aktif dalam kegiatan koperasi bagi merealisasikan Dasar Koperasi Negara yang mensasarkan penubuhan 1Koperasi 1Universiti menjelang 2020. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Lelaki Larikan MPV Polis Sedang Dicari

Artikel Berikut

Mahkamah Tolak Saman RM160 Juta Terhadap TV3

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain