KR1M Peroleh Hasil Jualan Sebanyak RM10,000 Hingga RM15,000 Setiap Hari - Semasa | mStar

KR1M Peroleh Hasil Jualan Sebanyak RM10,000 Hingga RM15,000 Setiap Hari

BUTTERWORTH: Setiap Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara memperoleh hasil jualan sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 setiap hari.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Datuk Rohani Abdul Karim berkata jumlah hasil jualan yang memberangsangkan itu menunjukkan sambutan mengalakkan daripada orang ramai terhadap KR1M.

"Setakat ini sebanyak 27 premis KR1M beroperasi di seluruh negara dan sambutan yang diterima daripada pengguna sangat mengalakkan sehingga setiap kedai mampu memperoleh jualan sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 setiap hari.

"KR1M bukan hanya menawarkan harga barangan keperluan pengguna pada harga rendah sebaliknya barang yang ditawarkan juga berkualiti seperti barangan lain yang dijual di pasar raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M Taman Seri Pinang, di sini, Sabtu.

Turut hadir pada majlis perasmian premis yang merupakan KR1M pertama di Pulau Pinang ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian PDNKK Datuk Daud Saleh dan Pengarah PDNKK Pulau Pinang Mohd Salleh Maamor.

Rohani berkata kerajaan yakin sasaran untuk membuka 85 premis KR1M di seluruh negara menjelang hujung tahun ini akan dicapai.

Beliau berkata selain pembukaan KR1M, sebanyak 223 kedai runcit sedia ada di seluruh negara turut menjual barangan jenama 1Malaysia.

"Jumlah itu mungkin bertambah dari semasa ke semasa kerana permintaan terhadap barangan 1Malaysia yang lebih murah sehingga 50 peratus berbanding barangan serupa di bawah jenama lain semakin meningkat," katanya.

Sementara itu beberapa penduduk di Taman Seri Pinang yang ditemui berterima kasih kepada kerajaan kerana membuka KR1M di kawasan berkenaan. A zizah Mohd Aziz, 45, berkata sejak KR1M itu dibuka 23 Nov lepas, beliau boleh berjimat sehingga 30 peratus ketika membeli barangan keperluan.

"Memang murah, selalu kalau beli barang di pasar raya, saya berbelanja sehingga RM100 tetapi sejak ada KR1M belanja RM70 boleh dapat semua benda," kata pekerja kilang itu.

M.Surej, 39, pula berkata beliau tidak lagi membeli barangan di pasar raya kerana kualiti barang di KR1M juga sama dengan jenama lain.

"Kualiti hampir sama, mengapa saya perlu bayar lebih sedangkan KR1M ini lebih dekat dengan rumah dan ia juga menjimatkan perbelanjaan kami sekeluarga," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Mangsa Lemas Di Baling Diitemui

Artikel Berkaitan

default image

Rotavirus: Dua Bayi Maut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain