suria

Masa Peruntuk RM50 Juta Bagi Program Keusahawanan

JERANTUT: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi program membantu usahawan dan peniaga kecil di seluruh negara.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, peruntukan tersebut merupakan peruntukan awal dalam usaha meningkatkan pendapatan usahawan kecil peniaga dan penjaja.

"Seramai 1,000 peserta telah dan akan mengikuti kursus dan latihan keusahawanan dan perniagaan. Program ini adalah antara usaha Mara untuk memajukan usahawan Bumiputera dan komuniti luar bandar," katanya kepada pemberita di sini.

Ibrahim berkata, di Pahang sahaja ketika ini, seramai 550 peserta sedang mengikuti latihan asas keusahawanan yang dilaksanakan pihak Mara.

"Pihak MARA juga telah menyewakan 480 lot premis peniagaan kepada usahawan kecil untuk menjalankan perniagaan di Pahang dalam usaha membantu mereka," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain