Empat Disahkan Cedera Akibat Letupan Kecil, Dua Lagi Diserang Sakit Jantung Ketika Perhimpunan Kes Anwar - Semasa | mStar

Empat Disahkan Cedera Akibat Letupan Kecil, Dua Lagi Diserang Sakit Jantung Ketika Perhimpunan Kes Anwar

KUALA LUMPUR: Enam orang awam yang menyertai perhimpunan di pekarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pagi Isnin telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) atas pelbagai faktor termasuk dua yang diserang sakit jantung.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata, keenam-enam pesakit itu telah dibawa ke hospital oleh petugas dan kakitangan mereka yang diletakkan di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya lagi, salah seorang pesakit yang diserang sakit jantung telah diberikan rawatan CPR di tempat kejadian sebelum segera dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.

“Pesakit itu telah dibawa ke wad kecemasan dalam tempoh enam minit dan berjaya distabilkan dan kini sedang dirawat di Unit Kritikal HKL," ujarnya dalam satu kenyataan Isnin.

Seorang lagi orang awam yang turut diserang sakit jantung di tempat kejadian juga berjaya distabilkan.

Pesakit itu kemudiannya memilih untuk mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta selepas itu.

Dr Zaininah berkata, empat lagi pesakit ialah mangsa letupan kecil yang berlaku di tempat yang sama sejurus selepas keputusan perbicaraan Anwar diumumkan.

Kesemua mangsa katanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam situasi stabil.

Bagaimanapun salah seorang daripada mangsa itu telah dimasukkan ke Wad Orthopedik untuk rawatan lanjut.

Artikel Sebelum

Dua Anggota Umno Sertai DAP

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.