Tendang Pintu Bilik Hotel Bawa Padah Kepada Penganggur - Semasa | mStar

Tendang Pintu Bilik Hotel Bawa Padah Kepada Penganggur

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan, satu daripadanya menendang dan merosakkan pintu sebuah bilik hotel mewah di sini pada Isnin lepas.

Tan Chin Piow, 31, didakwa melakukan perbuatan itu di tingkat 29 Hotel JW Marriot di Jalan Bukit Bintang di sini pada 8.30 malam 19 Dis lepas sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan RM20,000.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tan, dari Kuala Lumpur, juga mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan lain iaitu memiliki dadah serta menggunakan kad pengenalan palsu di tempat dan pada hari yang sama.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin tetapi Majistret Azmil Muntapha Abas tidak menetapkan jumlah jaminan kerana tertuduh tidak mempunyai penjamin.

Azmil Muntapha menetapkan 25 Januari depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Suspek Kes Culik Kanak-Kanak Direman 10 Hari

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp