Mayat Bayi Dijumpai Dalam Kotak Di Kawasan Pelupusan Sampah Di Machang - Semasa | mStar

Mayat Bayi Dijumpai Dalam Kotak Di Kawasan Pelupusan Sampah Di Machang

MACHANG: Mayat seorang bayi lelaki, yang dibungkus dan diletakkan dalam sebuah kotak, ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bukit Tajol, Banggol Judah di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui beberapa pekerja pemungut sampah pada pukul 1.15 petang ini.

"Mayat itu dijumpai mereka sebaik sahaja lori pengangkut sampah Majlis Daerah Machang (MDM) membuangnya bersama sampah di kawasan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mayat bayi itu dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat dan polis akan melancarkan gerakan mengesan mereka yang terbabit dalam pembuangan mayat bayi itu.

Seorang daripada pemungut sampah, Rosmi Shafie, 30, berkata mayat bayi itu dibungkus dengan baju-t dan kain sarung perempuan ketika ditemui.

"Kami amat terkejut sebab pada mulanya kami menyangka dalam kotak itu terdapat barang berharga tetapi rupa-rupanya mayat seorang bayi yang comel dan sempurna," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Masa Depan Politik Hasan Ali Masih Ada

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain