suria

Tiga Kedai Di Pantai Cenang Musnah Dalam Kebakaran

LANGKAWI: Tiga kedai musnah dalam kebakaran membabitkan 19 kedai sederet di Pantai Cenang di sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba Langkawi Yaakob Hassan berkata spa dan kedai pakaian merupakan antara kedai yang musnah itu.

"Pihak Bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kira-kira pukul 12.15 tengah hari," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua jentera dengan 20 anggota dari balai Persiaran Putra dan Jalan Ayer Hangat mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.

Yaakob berkata tindakan cepat anggota bomba turut menyelamatkan 16 kedai lain termasuk tiga yang mengalami kebakaran kecil.

Beliau berkata bomba turut menyelamatkan berpuluh-puluh chalet yang terletak di kawasan berhampiran.

Kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pantai Cenang merupakan antara destinasi pelancongan menarik terutama di kalangan pelancong asing dan turut menempatkan banyak kemudahan penginapan chalet. - BERNAMA

Artikel Sebelum

SPRM Memang Sedang Siasat NFC

Artikel Berikut

14 Warga Asing Ditahan

Artikel Lain