suria

Pemimpin PAS Perlu Berlapang Dada:Hasan Ali

PETALING JAYA: Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Ali menyangkal dakwaan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin PAS.

Sebaliknya, beliau menasihatkan pemimpin PAS yang terlibat supaya berlapang dada dan berjiwa besar menghormati pandangan serta pendapat sesama pemimpin demi kelangsungan perjuangan parti.

"Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda UMNO tanpa memberikan bukti," katanya yang dipetik akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat.

Hasan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah terperangkap dengan agenda UMNO untuk melemahkan parti itu.

Sementara itu, Nasharudin dalam kenyataan terbaru kepada Berita Harian berhubung isu calon pilihan raya mendakwa PAS semakin pelik sejak akhir-akhir ini.

Artikel Sebelum

SPRM Memang Sedang Siasat NFC

Artikel Berikut

14 Warga Asing Ditahan

Artikel Lain