KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menutup laluan kedua - dua hala di bawah jejambat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) dari arah Batu Caves menuju ke Sungai Buloh pada Sabtu ini mulai 11 malam hingga keesokan pagi.Menurut JKR dalam kenyataan di sini, laluan itu yang ditutup hingga 7 pagi Ahad bertujuan menjalankan kerja menaik dan memasang "Tie Frame" dan "Working Plate Form di Pier 5". - BERNAMA