Persoal Ibadah Korban Boleh Sentuh Sensitiviti Umat Islam - Muhyiddin - Semasa | mStar

Persoal Ibadah Korban Boleh Sentuh Sensitiviti Umat Islam - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah NGO bukan Islam yang mahu ibadah korban tidak dilaksanakan di kawasan sekolah dan tempat awam tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini sedangkan rakyat pelbagai agama sudah lama hidup secara toleransi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tidak fikir harus pandangan itu dikemukakan, mungkin ada salah faham. Ia mungkin (boleh) menyentuh sensitiviti amalan beragama. Di Malaysia ini, sejak zaman-berzaman kita telah lakukan, korban itu adalah tuntutan mengikut agama Islam.

"Ibadah korban dilakukan dengan cara dan peraturan dengan pekeliling oleh Jabatan Veterinar yang memerlukan kebersihan kawasan pelaksanaan korban dijaga untuk membolehkan daging-daging korban diagihkan kepada fakir miskin supaya selamat dimakan," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas berdialog secara terbuka dengan 50 orang graduan yang terpilih menyertai program "Teach for Malaysia" di sini, Selasa.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) pada Jumaat lepas yang mahu amalan menyembelih lembu tidak diteruskan di kawasan sebegitu kerana mungkin menyentuh sensitiviti mereka yang beragama Hindu yang menganggap lembu sebagai satu binatang yang suci.

"Saya berharap janganlah menyentuh hal-hal sebegini, apalagi pihak itu yang bukan beragama Islam kerana mungkin mereka tidak memahami atau sengaja dibuat begitu supaya timbul masalah baru. Di Malaysia ini janganlah menambah tokok lagi masalah-masalah sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata ibadah yang dilakukan perlu mendapat kebenaran pihak yang menguruskan kawasan itu sebelum boleh dilaksanakan.

"Pihak yang melaksanakan korban itu pula mesti mendapatkan izin dahulu, pihak pengurusan masjid benarkan ia boleh dilakukan itu sudah perkara biasa sejak dulu lagi.

"Orang Hindu di Malaysia ini sudah faham, dalam surat khabar dan televisyen sudah dipaparkan mereka sudah faham amalan itu. Kita di Malaysia sudah mengamalkan amalan saling menghormati, kenapa hal sebegini dibangkitkan saya tidak fikir ia perlu," kata Muhyiddin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Fama Belanja RM1 Juta Untuk Kontrak Ladang

default image

SAPS Untuk Nilai Prestasi Murid

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain