suria

Pohon Lesen Memandu - Penderma Organ

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan sedang mencari jalan berkemungkinan setiap pemandu yang memohon lesen memandu diberikan pilihan mendaftar sebagai penderma organ.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian telah merancang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi menggalakkan pemandu kereta menderma organ mereka.

“Ia lebih mudah begitu.

“Bila-bila masa terdapat (pemohon lesen memandu baru), kita boleh mendapat lebih banyak penderma organ untuk tampil ke hadapan,” kata Liow pada satu sidang akhbar selepas melancarkan Top Vision Eye Specialist Centre di Seksyen U13 di Setia Alam, Sabtu.

Liow berkata walaupun terdapat 170,000 penderma organ yang telah berdaftar, kementerian hanya menerima lebih kurang 33 pendermaan organ tahun ini.

“Jika anda melihat bilangan penderma sebenar, kita perlu untuk menggalakkan lebih ramai lagi untuk tampil ke hadapan untuk menderma.

“Berdasarkan perangkaan ini, kami sekarang dalam perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan tentang pemandu baru yang mungkin dapat menjadi penderma organ,” katanya.

Liow menambah, pihaknya juga juga akan mengadakan kempen untuk menarik lebih banyak penderma organ di kalangan belia di universiti dan kolej.

“Kita juga akan pergi universiti dan kolej untuk menggalakkan remaja untuk mengambil bahagian dalam pendermaan organ.

“Tetapi kita masih memerlukan lebih banyak peserta jika tidak pasti kita tidak mempunyai jumlah yang cukup (penderma organ),” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain