Pasangan Kekasih Ditahan Bersama 12.7 Kg Ganja - Semasa | mStar

Pasangan Kekasih Ditahan Bersama 12.7 Kg Ganja

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan sepasang kekasih dan merampas 12.7 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM40,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini awal pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata hasil maklumat awam dan intipan polis sejak beberapa bulan lepas, pihaknya menyerbu rumah pasangan berkenaan pada pukul 2 pagi.

Katanya semasa diserbu, lelaki dan perempuan berusia 36 dan 47 tahun itu berada di rumah, hasil pemeriksaan polis menemui ganja yang disembunyikan di salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Polis menemui 12.7 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM40,000 di dalam rumah itu," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan itu menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini.

Abdul Rahim berkata polis juga tidak menolak kemungkinan mereka merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif mengedar di sekitar negeri ini. "Pasangan itu kini direman sehingga 5 November ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya siasatan turut mendapati lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai dan masyarakat setempat agar dapat menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya terdapat pergerakan yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Najib Pulang Dari Hadiri CHOGM Di Perth

Artikel Berikut

Pekerja TTS Hilang Di Pulau Bohey

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.