Polis Teruskan Sesi Penjelasan Mengenai Tahap Keselamatan Di Johor - Semasa | mStar

Polis Teruskan Sesi Penjelasan Mengenai Tahap Keselamatan Di Johor

JOHOR BARU: Polis akan meneruskan penjelasan mengenai tahap keselamatan di Johor kepada pelabur asing dan media khususnya dari Singapura bagi menangkis persepsi negatif terhadap negeri itu yang ditimbulkan oleh pihak tertentu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata tanggapan kononnya Johor adalah negeri yang tidak selamat terutamanya kepada warga Singapura adalah tidak berasas sama sekali.

"Hanya dua kes culik yang melibatkan rakyat Singapura dicatatkan dari tahun 2008 sehingga kini. Jenayah melibatkan rakyat Singapura tahun lepas hanya 320 orang berbanding 14 juta orang yang memasuki negeri ini dengan sebilangan besar kes itu adalah kehilangan kereta dan motosikal," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama media Johor dan Singapura di sini, Jumaat.

Mohd Mokhtar berkata penjelasan yang disampaikan kepada media republik itu dapat memberi gambaran yang tepat tentang keadaan sebenar di Johor supaya keyakinan pelancong dan pelabur asing terhadap keselamatan mereka dapat ditingkatkan.

Untuk meningkatkan keselamatan di Iskandar Malaysia khususnya, usaha sedang dibuat untuk menambah bilangan kereta peronda serta kamera litar tertutup bagi meningkatkan pengawasan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pokai Gesa Kerajaan Pusat Kawal Harga Barang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL