Ulat Tiket Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah - Semasa | mStar

Ulat Tiket Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah

KUALA LUMPUR: Seorang ulat tiket hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memiliki dadah, Khamis lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Rajis Abdul Rahim, 28, didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 6.3 gram di sebelah bangunan Mydin, Jalan Silang, Dang Wangi di sini kira-kira 7.30 pagi pada 22 September lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau untuk tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan. Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rajis didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 1.5 gram di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Mohd Rajis didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, di mahkamah yang sama seorang wanita mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dadah, Khamis lalu.

Kwan Choi Leng, 51, didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 9.15 gram di hadapan rumahnya Flat Melati, Jalan Loke Yew, Dang Wangi di sini, pada 4.30 petang, 22 September lalu.

Azizah menetapkan 8 Nov depan untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes itu sementara menunggu laporan kimia daripada Jabatan Kimia.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rebecca Mathan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain