suria

CIMB Bank, Facebook Tawar Khidmat Check-In Deals Di Malaysia

KUALA LUMPUR: CIMB Bank menjalin usaha sama dengan Facebook bagi menawarkan "Check-in Deals", penawaran pertama seumpamanya dalam negara Pemegang kad kredit CIMB Bank dan Direct Access yang datang ke mana-mana "CIMB-San Francisco Coffee" bersama pelekat "tawaran" berwarna kuning menggunakan Facebook Places, akan mendapat minuman komplementari dan coklat dengan setiap minuman yang dibeli.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan CIMB Effendy Shahul Hamid berkata usaha sama itu juga adalah kali pertama Check-In Deals ditawarkan di Malaysia.

"Media sosial sentiasa menjadi tumpuan kami dan kami sangat bangga menjalin usaha sama dengan Facebook untuk memperkenal inovasi ini kepada para pelanggan kami," katanya.

Facebook Places ialah ruang yang membolehkan pengguna berkongsi lokasi semasa mereka dengan rakan-rakan di Facebook, dengan hanya beberapa langkah mudah menerusi peranti mudah alih masing-masing.

Tawaran CIMB-San Francisco Coffee Check-in Deals hanya sah sekali setiap 24 jam bagi setiap pengguna dan disediakan sehingga 5 Okt, 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain