suria

Perjanjian Jenayah Transnasional Malaysia, China, Vietnam - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menandatangani perjanjian kerjasama keselamatan dengan China dan Vietnam dalam menangani ancaman jenayah transnasional, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, antara lain, perjanjian itu melibatkan perkongsian maklumat mengenai sindiket antarabangsa pemerdagangan manusia.

"Kerjasama itu juga penting untuk kita melihat perjalanan barang-barang buatan dalam konteks perdagangan yang kadangkala boleh ditafsirkan sebagai, barangan ancaman nuklear, contohnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketiga Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan di sini, Isnin.

Hishammuddin berkata, perjanjian dengan Vietnam berkisar kepada, antara lain, pergerakan manusia, pekerja serta visa pelajar selain hubungan keselamatan antara kedua-dua negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, beliau akan berkunjung ke China dan kemudian ke Vietnam untuk menandatangani perjanjian itu dalam beberapa bulan lagi. –BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain