suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba Ambil Masa Lapan Jam Keluarkan Sembilan Mangsa Tanah Runtuh

CAMERON HIGHLANDS: Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan semua sembilan mangsa dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini Ahad.

Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata operasi bermula 6.15 petang dan ditamatkan pada 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira 1.20 pagi.

Operasi melibatkan 248 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands, katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah, selain anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.

Tragedi itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah.

Mereka yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.

Sementara dua yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut.

Artikel Lain