suria

Penyertaan Anugerah Manga Antarabangsa Kini Dibuka

KUALA LUMPUR: Penyertaan untuk Anugerah Manga Antarabangsa kelima kini dibuka kepada yang berminat mempertandingkan karya masing-masing.

Kedutaan Jepun di sini berkata setiap penyertaan harus diterima sebelum atau pada 31 Ogos ini, dan empat kartunis yang layak akan berpeluang menghadiri majlis penyampaian anugerah di Jepun pada Mac depan.

Jawatankuasa akan memilih Manga terbaik dari seluruh dunia untuk 'Anugerah Emas' dan tiga karya lain untuk 'Anugerah Perak', kata kedutaan itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi laman web www.my.emb-japan.go.jp.

Anugerah Manga Antarabangsa diperkenalkan pada 2007 sebagai menghargai kartunis asing dalam mempromosikan buku komik atau novel grafik yang berasal dari negara Matahari Terbit itu di luar negara tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain