suria

PDRM Tunggu Permohonan Permit Untuk Adakan Perhimpunan Dalam Stadium

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak polis akur dengan perintah Yang di-Pertuan Agong berhubung isu Perhimpunan Bersih 2.0 dan akan menunggu permohonan permit oleh penganjur perhimpunan itu untuk mengadakannya di dalam stadium.

Bagaimanapun, Ismail menegaskan, polis akan mengambil kira isu keselamatan dan ketenteraman awam sebelum permit diberi.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya Isnin meminta penganjur perhimpunan haram berkenaan supaya akur dengan undang-undang dan arahan polis untuk membatalkan perarakan di jalanan.

Sebaliknya Seri Paduka mencadangkan jika perlu diadakan juga, maka pihak penganjur boleh berunding dengan pihak berkuasa agar mengadakan perhimpunan itu di dalam stadium.

Artikel Lain